Perang Tarif AS Terus Jejas Ekuiti Asia Dengan Aliran Keluar Bersih US$6.73 Bilion – MIDF


KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Pelabur asing mengekalkan pandangan lemah terhadap ekuiti Asia, terus mencatatkan jualan bersih untuk minggu ketiga berturut-turut, dengan aliran keluar yang ketara berjumlah US$6.73 bilion (US$1=RM4.43) kecuali Filipina manakala pelabur tempatan membantu Bursa Malaysia meredakan impak daripada aliran keluar pasaran yang lebih luas.

“Satu-satunya negara yang mencatatkan aliran masuk asing bersih ialah Filipina manakala pasaran serantau lain terus mencatatkan aliran keluar,” menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd dalam Laporan Aliran Dana bertajuk “Tit for Tat: U.S. Tariffs Spark Global Retaliation” pada minggu berakhir 14 Mac.

Taiwan mencatatkan aliran keluar bersih tertinggi untuk minggu ketiga berturut-turut berjumlah US$3.80 bilion berikutan pelabur asing menjual saham dengan agresif terutamanya syarikat semikonduktornya TSMC disebabkan kebimbangan global terhadap penilaian saham cip.

Korea Selatan menyaksikan aliran keluar bersih sebanyak US$1.51 bilion, India (-US$603.9 juta), Thailand (-US$248.6 juta), Indonesia (-US$225.7 juta) dan Vietnam -US$66.9 juta.

Sementara itu, bursa tempatan mencatatkan aliran keluar pelabur asing sebanyak RM1.34 bilion atau kira-kira US$302.4 juta.

Menurut MIDF, penganalisis percaya walaupun ketegangan politik boleh mewujudkan situasi tidak menentu di Filipina, negara tersebut terus menarik pelaburan asing. 

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

FCPO: Momentum Pasaran Menaik Semakin Rancak [17 Mac 2025]

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami tindakan harga menaik buat dua sesi berturut-turut apabila ia meningkat RM37 untuk ditutup pada RM4,576 Jumaat lalu. Ia membuka sesi dagangan pada harga RM4,4548. Selepas berayun
antara paras RM4,500 dan RM4,586, ia ditutup dengan corak lilin menaik. Corak lilin bawah yang lebih tinggi ini menunjukkan momentum pasaran menaik semakin rancak.

Komoditi ini mungkin akan cuba menembusi paras rintangan RM4,600. Penembusan paras rintangan mungkin akan dilanjutkan sehingga paras RM4,700. Sementara itu, garis SMA 50 hari bertindak sebagai sokongan penurunan harga. Sekiranya paras sokongan pada garis SMA 50 hari ditembusi, pergerakan menurun akan bersambung semula.

Pada masa ini, meskipun komoditi ini sedang mengalami lantunan menaik, kami tetap berpegang pada bias dagangan menurun. Kami sarankan para pedagang untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan dagangan 3 Mac (RM4,484). Untuk mengurus risiko-risiko dagangan:

  • Paras henti rugi ditetapkan pada RM4,600
  • Paras sokongan terdekat ditetapkan pada RM4,300, diikuti oleh MYR4,000
  • Bagi pergerakan menaik, paras rintangan terdekat ditambat pada RM4,600, diikuti oleh MYR4,700

Penganalisis:
Joseph Chai
TEL : +(603) 2302 8113
E-MEL : [email protected]

Nak Mula Trade FCPO?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Nak tahu strategi terbaik untuk trade FCPO? Nak dapatkan pulangan yang baik, tak kira pasaran menaik atau menurun?

Belajar dulu.

Kemudian mula dengan modal yang paling minimum. Bukan trade dulu kemudian baru belajar.

Ini bukan kelas PREVIEW. Terus belajar teknik penting untuk berdagang FCPO.
Yang penting, akan dapat ilmu dengan yuran yang berbaloi-baloi!

Klik link di bawah untuk daftar sebelum sold out 👉 👉 SAYA NAK TRADE FCPO