
11 Mac 2025 – Kemeriahan Ramadan diteruskan lagi dengan penganjuran Majlis Iftar YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) bersama dengan hampir 100 orang pengamal media daripada 50 agensi di The Westin Hotel, Kuala Lumpur. Program yang julung kali diadakan bersama dengan pengamal media ini dianjurkan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas sumbangan serta kerjasama pihak media kepada HASiL dalam membantu menjayakan setiap program yang dilaksanakan, sekali gus secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan hasil kutipan cukai tahun 2024.
Peranan pengamal media adalah sangat signifikan dalam memastikan penyampaian maklumat yang berkesan ke arah membentuk masyarakat yang berinformasi, peka, bertanggungjawab dan mendapat berita yang sahih. Pelaporan berkaitan dengan maklumat-maklumat percukaian secara berterusan adalah penting bagi meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran pembayar cukai terhadap tanggungjawab mereka kepada negara terutama sekali untuk menanam rasa bangga membayar cukai dan bukan sebagai satu bebanan. Dengan bantuan pengamal media, HASiL mampu mengubah persepsi ini dengan menyampaikan naratif yang tepat berhubung dengan kepentingan cukai kepada negara, bangsa dan agama.
Majlis santai bersama dengan pengamal media ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Hisham Rusli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), YBrs. Encik Khairul Halimin Abdul Halim, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), YBrs. Encik Shaharrudy Othman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian), YBrs. Puan Norfaidah Daud, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar), YBrs. Encik Ahmad Khairuddin Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Cawangan Khas) serta pengurusan kanan HASiL.
Dalam ucapannya, Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin mengakui peranan penting media dalam menyampaikan maklumat dengan berkesan, bukan sahaja di peringkat nasional tetapi juga melalui jaringan media yang merentasi benua. Tambah beliau, peranan pengamal media amat penting khususnya dalam menyebarkan maklumat yang tepat dan jelas berkaitan dasar, inisiatif dan program yang dilaksanakan oleh HASiL. Melalui liputan berita, artikel dan siaran media sosial yang meluas di saluran media perdana, diharapkan agar hasrat untuk meningkatkan kesedaran awam berkaitan kepentingan dan tanggungjawab percukaian dapat dicapai. Keberadaan rakan-rakan komuniti media akan menyemarakkan lagi semangat HASiL untuk memberikan komitmen terbaik dalam melaksanakan amanah kepada masyarakat dan negara.
Terima kasih kepada anda yang menyokong kami selama ini. Hari-hari kami bersemangat nak sebarkan ilmu tentang kewangan dan pelaburan.
Kami sedar yang majoriti pembaca kami adalah anak-anak muda yang tercari-cari panduan bagaimana untuk mula melabur. Jadi buku ini sangat sesuai bagi newbie yang nak mulakan langkah pertama.
Anda ada soalan-soalan berikut yang memerlukan jawapan?
- Ada duit tapi tak tahu nak melabur di mana?
- Nak melabur tapi takut kena tipu dengan scammer?
- Bagaimana nak tahu sesuatu pelaburan itu adalah patuh Syariah atau tidak?
- Ada banyak sangat jenis pelaburan dekat luar sana, apa yang paling sesuai dengan jiwa?
- Dalam suasana ekonomi yang tak menentu, apakah pelaburan ‘safe haven’ yang menjadi pilihan?
- Pelaburan tanpa tunai tu macam mana?
- Soalan-soalan lazim berkenaan pelaburan
Jika ya, maka anda perlu miliki buku Buku Malaysia Melabur : 10 Benda Kita Kena Tahu.

Buku Malaysia Melabur juga telah berada dalam senarai MPH Best 2020 dalam kategori MPH Best Malay Non-Fiction 2020.

Sesungguhnya kami bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk berubah menjadi lebih baik dan mendapat rezeki seperti yang diidamkan. Kami doakan semoga tuan puan juga dilimpahi rezeki yang penuh keberkatan.
Boleh miliki buku ini secara online di Shopee