![](https://www.majalahlabur.com/wp-content/uploads/2025/02/250212-MajalahLabur-Gaji-GLC-2024-700x528.jpg)
Kami percaya ada di antara kita mesti pernah terlintas dalam fikiran masing-masing membayangkan berapa agaknya gaji ahli Lembaga pengarah syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) di Malaysia.
Tapi sebelum itu, fahamkan dulu definisi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) terlebih dahulu.
“GLC merupakan entiti berdaftar yang menjalankan aktiviti komersil mewakili kerajaan. Ia ditakrif sebagai syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan Persekutuan, yang memperuntuk sebahagian atau semua dananya kepada pelaburan GLC. Ditakrif mengikut pengaruh Kerajaan Persekutuan dalam; melantik/melulus anggota Lembaga dan pengurusan atasan, dan menetapkan supaya individu ini melapor terus kepada Kerajaan, selain Kerajaan menawarkan dana untuk operasi dan/atau menjamin modal (dan sedikit pendapatan) yang diletakkan oleh pemegang unit.”
– Sumber: Wikipedia
Kita membayangkan gaji mereka adalah tinggi. Sebelum ini kami pernah menulis artikel yang sama pada tahun 2020.
Baca: [2020] Berapa Gaji Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Di Malaysia?
Namun, jika ingin dibandingkan gaji ahli Lembaga pengarah syarikat pada ketika itu dan sekarang mungkin telah berubah. Jom baca kemas kini terkini gaji ahli lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Malaysia!
1. Axiata Group
Daripada laporan tahunan 2023, Pengerusi (Chairman) menerima bayaran sebanyak RM30,000 sebulan manakala Pengarah pula menerima RM20,000 sebulan. Fi tersebut dibayar setiap bulan.
2. BIMB Holdings
Daripada laporan kewangan tahunan 2023, pendapatan tertinggi di BIMB adalah Tan Sri Dr Ismail Haji Bakar iaitu Pengerusi dengan jumlah RM495,000 atau purata RM41,250 sebulan.
3. IHH Healthcare
Pendapatan Tertinggi: Dr. Kelvin Loh Chi-Keon – RM16.888 juta setahun atau purata RM1.407 juta sebulan.
4. Johor Corporation
Tidak diberitahu secara spesifik mengenai jawatan dan gaji bagi pengarah Johor Corporation. Namun Pengarah Eksekutif mempunyai pendapatan sebanyak RM5.342 juta setahun. Berapa orang pengarah Eksekutif tidak dapat dipastikan.
Manakala pendapatan bagi pihak pengurusan kanan pula adalah sebanyak RM38.748 juta setahun. Juga tidak diketahui berapa orang dan siapa individu yang mempunyai pendapatan tertinggi.
5. Keretapi Tanah Melayu (KTMB)
Keretapi Tanah Melayu Berhad merupakan pengendali kereta api utama di Semenanjung Malaysia. Sejarah KTMB bermula sejak era zaman penjajahan British lagi, ketika laluan kereta api dibina bagi mengangkut tin dari lombong ke pelabuhan.
Berdasarkan laporan kewangan 2022, jumlah fi dan emolument yang dibayar pada tahun 2022 adalah sebanyak RM288,000.
6. Khazanah Nasional
Pengarah Khazanah Nasional menerima RM27.288 juta setahun. Berapa ramai bilangan Pengarah dan pecahannya tidak diberitahu secara spesifik.
Manakala kakitangan kanan pihak pengurusan menerima sebanyak RM132.958 juta setahun. Berapa ramai oang dan pecahannya tidak diberitahu secara spesifik.
7. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP merupakan antara dana persaraan yang terulung dan yang terbesar di dunia. KWSP telah melalui transformasi ketara sejak awal penubuhannya. Seperti yang kita tahu, visi KWSP adalah untuk membantu ahlinya mencapai masa depan yang lebih baik.
Daripada laporan kewangan KWSP bagi tahun 2023, jumlah emolumen yang dibayar kepada ketua pegawai eksekutif dan kesemua timbalan ketua pegawai eksekutif adalah sebanyak RM10.82 juta.
8. Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah ditubuhkan pada bulan Ogos 1972 dengan dua objektif utama iaitu bagi mengadakan faedah persaraan dan faedah – faedah lain untuk Pegawai dan anggota lain – lain pangkat (LLP) angkatan tetap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta sebagai satu skim simpanan untuk pegawai dan anggota kerahan angkatan sukarela.
LTAT merupakan tabung amanah dengan tanggungjawab asasnya untuk menguruskan kumpulan wang dan harta pencarum dengan cara paling cekap untuk mendapatkan pulangan yang sebaik-baiknya dan memastikan supaya nilai kumpulan wang dan harta ini terpelihara.
Bayaran emolumen pengarah dan panel adalah sebanyak RM1.467 juta bagi tahun 2023.
9. Permodalan Nasional Berhad (PNB)
Dalam Laporan Tahunan PNB, mereka hanya mengeluarkan penyata kewangan seperti di atas. Tiada maklumat terperinci mengenai gaji dan sebagainya.
10. Petronas
Sejak sekian lama, Petronas merupakan syarikat kebanggaan Oil & Gas negara Malaysia yang dikenali serata dunia. Di Bursa Malaysia, terdapat tiga syarikat Petronas yang disenaraikan iaitu Petronas Chemicals, Petronas Gas dan Petronas Dagangan.
- Petronas Chemicals
Pendapatan tertinggi adalah IR. Mohd Yusri Mohamed Yusof – RM1.915 juta setahun atau RM159 ribu sebulan secara purata. Beliau merupakan pengarah eksekutif.
- Petronas Gas
Pendapatan tertinggi adalah Abdul Aziz Othman – RM1.752 juta setahun atau RM146 ribu sebulan secara purata. Beliau merupakan pengarah eksekutif.
- Petronas Dagangan
Pendapatan tertinggi adalah Azrul Osman Rani – RM1.683 juta setahun atau RM140 ribu sebulan secara purata. Beliau merupakan pengarah eksekutif.
11. Tabung Haji
Tabung Haji (TH) ialah singkatan bagi Lembaga Tabung Haji yang berperanan untuk menguruskan perjalanan jemaah haji dari Malaysia pergi ke Mekah pada setiap tahun.
Bagi tahun kewangan 2023, jumlah fi honorarium dan emolumen lain untuk pengarah dan ahli Tabung Haji adalah sebanyak RM3.018 juta.
Manakala RM15.878 juta dibelanjakan untuk fi dan emolument bagi kakitangan kanan TH sepanjang tahun 2023.
12. Telekom Malaysia (TM)
Kalau dulu kita menggunakan perkhidmatan talian tetap (fixed line) bagi telefon di rumah dan pejabat, sekarang kita beralih pula kepada Unifi bagi perkhidmatan internet yang laju di seluruh Malaysia. TM masih lagi memainkan peranan penting dalam penyediaan perkhidmatan internet di seluruh Malaysia.
Pendapatan Tertinggi: Datuk Imri Mokhtrar – RM7.295 juta atau purata RM607,952.4 sebulan.
13. Tenaga Nasional Berhad
TNB ialah sebuah syarikat bekalan tenaga elektrik Malaysia, yang beribu pejabat di Bangsar, Kuala Lumpur. Rasanya kita semua bergantung kepada TNB bagi ‘menerangi’ hidup kita.
Pendapatan tertinggi: Dato’ Seri Ir. Baharin bin Din – RM3.945 juta setahun atau purata RM328,750.25 sebulan.
Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.
![](https://www.majalahlabur.com/wp-content/uploads/2021/02/210115-MMS-Thumbnail-700x468.jpg)
BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !
Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.
Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.
Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.
Kenapa Kena Miliki Buku Ini?
Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.
Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.
Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.
Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.
![](https://www.majalahlabur.com/wp-content/uploads/2021/02/210115-MMS-Isi-Kandungan-1200x800-ONPAY-700x467.jpg)
![](https://www.majalahlabur.com/wp-content/uploads/2021/02/210106-MMS-Isi-Kandungan-1200x800-ONPAYpg3-2-700x467.png)
Miliki Buku Ini Sekarang!!
Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!
Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.
Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.
Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.
TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee
![](https://www.majalahlabur.com/wp-content/uploads/2022/01/Shopee_logo.svg_.png.webp)