KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) — Seramai 288,000 ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mendaftar untuk membuat caruman pekerja melebihi kadar berkanun sebanyak 11 peratus setakat Oktober 2024.
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata pencarum juga boleh mencarum sendiri pada bila-bila masa secara sukarela untuk menambah simpanan, tertakluk kepada had tahunan sebanyak RM100,000 setahun mulai 1 Jun, 2023.
Beliau berkata seramai sejuta pencarum KWSP telah membuat caruman sukarela setakat 31 Oktober lepas yang berjumlah RM11.16 billion.
“Caruman sukarela ini boleh dibuat pada bila-bila masa melalui aplikasi mudah alih, perbankan internet, ejen kaunter bank serta kaunter KWSP,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Roderick Wong Siew Lead mengenai inisiatif-inisiatif diambil KWSP bagi bagi membantu pencarum meningkatkan caruman persaraan mereka.
Lim berkata kerajaan juga menerusi program iSaraan telah memberi caruman padanan sehingga RM500 setahun yang tertakluk kepada had maksimum RM5,000 seumur hidup bagi seorang individu.
Bagi golongan muda, katanya, KWSP membenarkan individu berdaftar dan mencarum secara sukarela seawal usia 14 tahun bagi menggalakkan golongan itu membuat simpanan awal selain memupuk kesedaran kepentingan simpanan jangka panjang serta memanfaatkan gandaan dividen.
“Kerajaan juga memberikan insentif caruman padanan 50 peratus bagi setiap ringgit yang dicarumkan ke dalam skim KWSP oleh suri rumah di bawah umur 55 tahun yang berdaftar dengan pangkalan data eKasih,” katanya.
Dalam pada itu, Lim berkata seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada 13.1 juta ahli KWSP di bawah umur 55 tahun, memilih untuk mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksible KWSP (Akaun 3) dengan jumlah perpindahan simpanan sebanyak RM14.5 bilion.
Setakat 27 Nov 2024, ahli yang membuat pengeluaran melalui Akaun 3 mencecah empat juta orang atau 30.5 peratus daripada keseluruhan ahli di bawah umur 55 tahun dengan jumlah pengeluaran RM11.6 bilion.
Jumlah baki simpanan keseluruhan Akaun 3 pula adalah sebanyak RM7.4 bilion setakat November 2024, kata Lim.
Kini ramai yang mula sedar tentang kepentingan persediaan kewangan untuk hari tua, namun masih ramai juga yang tidak mempunyai simpanan yang mencukupi. Menurut KWSP, hanya 34 peratus daripada ahli aktif KWSP di bawah usia 55 tahun menepati Kuantum Simpanan Asas. Dan setakat 30 Jun 2024, masih ramai tidak bersedia untuk persaraan.
Salah satu punca utama yang sering dihadapi ialah kenaikan kos sara hidup yang menjadikan simpanan persaraan biasa mungkin tidak mencukupi. Di sinilah Skim Persaraan Swasta (PRS) menawarkan solusi yang ramai diperlukan.
Solusi PRS ialah/adalah Pilihan Simpanan Tambahan untuk Kumpul Dana Persaraan yang Lebih Fleksibel dan Nikmati Pelepasan Cukai RM3,000
PRS direka untuk menambah simpanan persaraan anda dengan pelbagai pilihan dana pelaburan yang boleh disesuaikan mengikut tahap risiko dan keutamaan anda. Dengan menyimpan sedikit secara konsisten, PRS memberi peluang untuk mengumpul dana tambahan dalam jangka masa panjang. PRS juga menawarkan fleksibiliti kerana anda boleh menambah sumbangan pada bila-bila masa mengikut kemampuan.
Anda perlu tahu yang pelaburan dalam PRS juga layak menikmati pelepasan cukai sehingga RM3,000 setiap tahun hingga tahun 2030!
Pelaburan PRS Lebih Bijak dan Mudah bersama Principal
Principal Asset Management Berhad (Principal), antara pengurus aset terkemuka di Malaysia yang menawarkan dana pelaburan PRS. Antara kelebihan dana pelaburan PRS dengan Principal adalah Principal merupakan satu-satunya pengurus aset di Malaysia yang menawarkan solusi pelaburan Target Date Fund (TDF).
TDF adalah penyelesaian mudah yang menyesuaikan peruntukan aset berdasarkan umur pelabur dan tahun persaraan. Semasa usia muda, pelaburan difokuskan pada strategi agresif untuk pertumbuhan. Apabila semakin hampir ke persaraan, pelaburan diimbangkan semula kepada strategi yang lebih sederhana.
Contohnya, katakan anda lahir antara tahun 1976 – 1985 dan ada tempoh selama 16 tahun sebelum anda bersara. Dengan TDF, pakar yang profesional akan uruskan strategi pelaburan dan akan disesuaikan secara automatik daripada fokus kepada pertumbuhan, kepada pendekatan yang lebih konservatif untuk memelihara kekayaan apabila anda semakin berusia dan menghampiri persaraan.
Nama Dana*
Tahun Kelahiran
Jangkaan Tahun Persaraan*
Principal Islamic RetireEasy 2060
1996 – 2005
2051 – 2060
Principal Islamic RetireEasy 2050
1986 – 1995
2041 – 2050
Principal Islamic RetireEasy 2040
1976 – 1985
2031 – 2040
Principal Islamic RetireEasy 2030
1968 – 1975
2023 – 2030
*Dana konvensional mengikuti pendekatan yang sama.
Kini Melabur PRS Lebih Mudah Melalui Aplikasi Touch ‘n Go eWallet
Dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet sekarang ada fungsi yang membolehkan anda melabur dalam dana pelaburan PRS, iaitu melalui ciri Investment-Principal dalam GOfinance.
Dengan kemudahan ini, anda boleh mula melabur dan mengurus simpanan persaraan anda bila-bila masa, di mana sahaja. Teknologi ini menjadikan pelaburan lebih pantas, mesra pengguna, dan mudah diakses untuk semua.
Jadi, macam nana nak mula melabur?
Mudah sangat! Mula-mula pastikan sudah muat turun aplikasi Touch ‘n Go dari App Store atau Play Store.
Kemudian ikut langkah di bawah:
Buka aplikasi Touch ‘n Go, klik ‘GOFinance’ pada menu di bawah.
Scroll (tatal) ke bawah, cari menu Investment dan klik ‘>’.
Cari ikon ‘Principal’.
Klik menu ‘Retire’ dan klik ‘Explore More’. (Pengguna baharu kena selesaikan proses ‘onboarding’ dahulu)
Pilih dana Syariah atau konvensional yang bersesuaian.
Masukkan jumlah dana yang ingin dilaburkan. Minimum hanya RM100. Kemudian klik ‘Continue’.
Baca terma dan syarat yang tertera dan klik (√) pada ruang berkenaan. Kemudian klik ‘Cash In’ untuk masukkan duit.
Pilih cara untuk masukkan duit sama ada Online banking atau Touch ‘n Go eWallet. Klik (√) pada ruang terma dan syarat. Kemudian klik ‘Next’ dan anda akan dibawa ke halaman pembayaran. Sila lengkapkan proses pembayaran.Kemudian selesai!
Boleh Mula Melabur Serendah RM100 Dan Dapat ‘Cashback’?
Sempena promosi akhir tahun anda berpeluang untuk dapatkan ganjaran “cashback” (pulangan tunai) sebanyak 5% setahun selama 30 hari atau ganjaran e-Mas sebanyak 8% setahun * selama 30 hari melalui kempen “GOfinance: Principal Laburia 2024” bersama Touch ‘N Go.
Modal minimum untuk melabur hanya RM100 sahaja! Cara nak dapat ganjaran pun mudah, hanya perlu ikut dua langkah utama ini.
Melabur dalam mana-mana satu (1) Produk Pelaburan PRS daripada ciri Principal – “Retire” atau “Invest” dengan jumlah pelaburan minimum RM100 dalam satu transaksi. Tempoh mula melabur adalah sekarang sehingga 31 Disember ini. Tak perlu masukkan apa-apa kod.
Kemudian pastikan anda mengekalkan langganan dalam akaun Principal – “Invest” untuk tempoh pegangan selama tiga puluh (30) hari dari hari terakhir tempoh kempen, iaitu dari 1 Januari 2025 hingga 30 Januari 2025, 11.59 malam.
Ingat, tempoh kempen berlangsung adalah dari 11 November 2024 hingga 31 Disember 2024 sahaja!
Mudah sangat! Bukan setakat dapat gandakan simpanan untuk hari tua, anda juga akan dapat bonus tunai tambahan sehingga 5%* atau bonus e-mas sehingga 8%*. Berbaloi-baloi!
Anda patut bersyukur kerana mendapat pendedahan awal. Ini kerana lebih awal anda mula, lebih besar peluang untuk mengumpul simpanan yang mencukupi bagi menghadapi hari tua dengan selesa. Jadi, rancang persaraan anda sekarang! Mulakan pelaburan PRS hari ini supaya anda dapat nikmati hari tua tanpa tekanan kewangan dan tanpa bergantung kepada orang lain.
Untuk maklumat lanjut mengenai dana Principal – PRS boleh semak sini.