
Sub Topik
Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada 1 Mac 2025 yang lalu telah mengumumkan kadar dividen yang dinanti ramai orang. Kadar dividen ditetapkan sebanyak 6.30% bagi Simpanan Konvensional, dengan jumlah agihan sebanyak RM63.05 bilion; dan 6.30% bagi Simpanan Shariah, dengan jumlah agihan sebanyak RM10.19 bilion. Ini menjadikan jumlah keseluruhan agihan untuk tahun 2024 sebanyak RM73.24 bilion.
Pada Disember 2024, aset pelaburan KWSP berjumlah RM1,249.71 bilion, di mana 63% daripadanya dilaburkan dalam pasaran domestik. Pelaburan domestik menjana RM37.02 bilion atau 49.7% daripada jumlah pendapatan pelaburan, memberikan kestabilan kepada jumlah keseluruhan pendapatan pelaburan KWSP. Aset global pula menjana pendapatan sebanyak RM37.44 bilion atau 50.3% daripada jumlah pendapatan pelaburan.
Daripada jumlah RM74.46 bilion pendapatan pelaburan keseluruhan, RM63.59 bilion dijana untuk Simpanan Konvensional, manakala RM10.87 bilion adalah untuk Simpanan Shariah.
Bermula Januari 2024, KWSP telah memisahkan sepenuhnya portfolio Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah. Langkah ini membolehkan setiap portfolio mengoptimumkan pulangannya dalam jangka panjang melalui alokasi aset strategik tersendiri. Pemisahan ini juga meningkatkan kepelbagaian, memastikan aset di bawah Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional diagihkan dengan baik merentasi kelas aset, geografi, pasaran, dan industri bagi menjamin pulangan yang mampan.
Latar Belakang KWSP
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah skim yang dilancarkan oleh kerajaan pada tahun 1991 untuk membantu pencarum menyimpan wang untuk hari tua. Ia juga merupakan satu inisiatif yang bagus khasnya untuk mereka yang tidak memiliki pencen.
KWSP berfungsi melalui sumbangan bulanan majikan dan pekerja ke dalam akaun simpanan sendiri dan ia juga boleh digunakan untuk melabur di KWSP.
Dah daftar i-Akaun? Kalau Belum Sempat Mendaftar i-Akaun KWSP? Boleh Guna Cara Ini Di Rumah
Sebelum ini, kita biasa mendengar tentang Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP, tetapi Akaun 3 telah diperkenalkan oleh KWSP dan dikuat kuasakan pada 11 Mei 2024.
Akaun 3 atau dikenali sebagai Akaun Felksibel ini tidak tertakluk kepada peraturan simpanan jangka panjang yang ketat, dan dana dalam Akaun 3 boleh dikeluarkan bila-bila masa apabila ahli KWSP memerlukannya.
Sebelum penstrukturan Akaun KWSP, dividen dikira mengikut pecahan Akaun 1 (70%) dan Akaun 2 (30%), manakala selepas penstrukturan akaun KWSP, pengiraan dividen adalah mengikut pecahan Akaun Persaraan (75%), Akaun Sejahtera (15%) dan Akaun Fleksibel (10%).

Simpanan Shariah KWSP
Bagi yang beragama Islam, pastikan kita telah menukar ke Simpanan Shariah.
Simpanan syariah mula diperkenalkan oleh KWSP pada tahun 2017. Simpanan Shariah merupakan suatu pilihan simpanan bagi ahli yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP mengikut prinsip syariah.
Bagi memastikan Simpanan Shariah diuruskan mengikut syariah sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 43A Akta, suatu rangka kerja tadbir urus syariah diwujudkan untuk mentadbir urus aspek pematuhan syariah bagi Simpanan Shariah.
Bagi yang beragama Islam, pastikan kita telah menukar ke Simpanan Shariah.
Baca: Tutorial Tukar Status Akaun KWSP Kepada Simpanan Shariah Secara Online




Peratus caruman ahli KWSP setakat 2022
Jumlah Dividen
Semua caruman di KWSP akan dibayar dividen*. Pembayaran Dividen Tahunan akan dikreditkan ke dalam akaun ahli berdasarkan simpanan ahli pada 1 Januari setiap tahun. Dividen dikira berdasarkan agregat baki harian.
Jom kita tengok sejarah dividen KWSP dari tahun 2014 sehingga 2024.

*Dividen: Nota: Kadar dividen Simpanan Konvensional adalah tertakluk kepada kadar minimum 2.5%.
Kadar Dividen Sama Untuk Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah
Menurut Profesor Madya Dr. Muhammad Irwan Ariffin dari Jabatan Ekonomi, Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berpendapat dividen yang sama rata pada tahun ini akan meningkatkan keyakinan pelabur terhadap dana syariah KWSP.
“Dividen sama rata ini mungkin merupakan langkah pertama ke arah merapatkan jurang di antara kewangan Islam dengan konvensional, mengukuhkan idea iaitu pelaburan beretika boleh menghasilkan pulangan yang kompetitif,” katanya.
Beliau berkata produk kewangan Islam dilindungi daripada risiko berlebihan dan aktiviti spekulatif serta secara sejarahnya menunjukkan daya tahan semasa krisis kewangan.
Kebergantungannya pada pelaburan berasaskan aset, mekanisme perkongsian risiko dan larangan riba (faedah) membantu mengurangkan turun naik selain menjadikannya lebih stabil dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.
“Kestabilan ini mungkin menyumbang kepada pulangan yang lebih kukuh untuk portfolio patuh syariah KWSP khususnya pada waktu ketidaktentuan pasaran global.
“Sehubungan itu, sifat pelaburan Islam yang mengurangkan risiko mungkin menjadi faktor utama di sebalik kadar dividen yang sama rata untuk akaun syariah dan konvensional KWSP pada 2024,” katanya.
Sebelum ini, jumlah kadar dividen konvensional dan syariah yang diisytiharkan adalah berbeza dan mencerminkan prestasi sebenar pelaburan bagi kedua-dua simpanan tersebut. Hal ini kerana Simpanan Konvensional turut menikmati pendapatan daripada pelaburan dalam aset bukan Syariah.
Kelebihan KWSP
Caruman daripada KWSP juga akan menolak cukai pendapatan anda sehingga RM4000 setahun.

Bagaimanakah Keputusan Pelaburan Dibuat?
Keputusan pelaburan akan dibuat melalui proses yang amat teliti Panel Pelaburan KWSP. Bagi apa-apa pelaburan yang hendak dibuat oleh portfolio Syariah hendaklah mendapat pengesahan Syariah daripada Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS).
Di Manakah Simpanan Ahli Dilaburkan?
Simpanan ahli dilaburkan dalam instrumen pelaburan seperti berikut:
- Sekuriti Kerajaan Malaysia, Terbitan Pelaburan Kerajaan dan Pinjaman/Pembiayaan
- Debentur, Bon dan Sukuk
- Saham-saham
- Pasaran Wang Hartanah

Bagaimanakah Kadar Dividen KWSP Dikira?
Dividen dikira berdasarkan Modified Aggregate Daily Balance. Caruman bagi sesuatu bulan akan mendapat dividen mulai hari terakhir bagi bulan caruman sehingga 31 Disember 2024.
Berikut adalah contoh pengiraan Dividen Tahunan berdasarkan Aggregate Balance dengan contoh Kadar Dividen 5.50%:

*Dividen: Nota: Kadar dividen Simpanan Konvensional adalah tertakluk kepada kadar minimum 2.5%.
Walau bagaimanapun, bagi ahli yang memilih Simpanan Shariah, kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah tanpa sebarang jaminan dividen minimum 2.5%.
Baca juga Simpan Wang Di KWSP Atau ASB, Mana Lebih Baik?
Adakah Dividen KWSP Yang Dikreditkan Ke Akaun Saya Sudah Mengambilkira Bayaran Zakat KWSP?
KWSP tidak mengeluarkan zakat perniagaan atau membayar zakat simpanan KWSP bagi pihak ahli.
ii. Dividen KWSP yang dikreditkan ke akaun ahli tidak mengambil kira sebarang bayaran zakat. Ahli KWSP beragama Islam bertanggungjawab membayar zakat 2.50% ke atas (a) simpanan KWSP yang dikeluarkan tanpa perlu menunggu haul setahun; dan (b) baki simpanan yang telah layak dikeluarkan dan boleh digunakan tanpa sebarang sekatan yang telah melebihi tempoh haul setahun, tertakluk kepada nisab (kadar minimum yang bersamaan dengan nilai semasa 85 gram emas) yang ditentukan oleh pihak berkuasa Zakat negeri masing-masing.
iii. Jenis-jenis pengeluaran yang tertakluk kepada pembayaran zakat adalah:
(a) Pengeluaran Akaun Fleksibel;
(b) Pengeluaran Umur 50 Tahun daripada Akaun Sejahtera;
(c) Pengeluaran Umur 55 Tahun daripada Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel;
(d) Pengeluaran Umur 60 Tahun daripada Akaun Emas;
(e) Pengeluaran Meninggalkan Negara;
(f) Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan; dan
(g) Pengeluaran Simpanan Melebihi RM 1 Juta.
Berdasarkan fatwa terkini daripada majlis agama negeri-negeri, simpanan di dalam akaun KWSP tidak layak dikenakan zakat kerana pemilikan yang masih belum sempurna kerana ahli tidak mempunyai hak untuk menggunakannya untuk keperluan sendiri kecuali apabila pengeluaran telah dibuat atau apabila mencecah umur 55 tahun yang layak menggunakan akaun KWSP secara sepenuhnya.
Oleh yang demikian, berdasarkan kepada apa yang telah dikemaskini oleh Majlis Agama Islam Selangor, simpanan di dalam Akaun 3 tertakluk kepada zakat pendapatan kerana sudah sempurna pemilikannya. Jadi, sekiranya ahli KWSP atau pencarum yang merupakan pembayar zakat pendapatan hendaklah membayar zakat sebanyak 2.5% daripada Akaun 3 tanpa perlu menunggu haul selama setahun.
Sekiranya ahli tersebut bukan merupakan zakat pendapatan sekalipun, simpanan KWSP perlu dicampur kiraannya dengan pendapatan lain sepanjang tahun untuk menentukan jumlah pendapatan mencapai nisab wajib zakat. Sekiranya mencecah nisab wajib zakat bergantung kepada nisab yang telah ditentukan oleh pusat zakat di negeri masing-masing, maka ahli KWSP tersebut wajib membayar zakat pendapatan.
Sekiranya simpanan KWSP yang dikeluarkan dan disimpan dalam akaun simpanan bank atau sebagainya, maka tunai tersebut akan tertakluk kepada zakat simpanan sekiranya telah mencapai haul setahun.
Walau bagaimanapun, ahli-ahli KWSP perlu merujuk fatwa dan pandangan daripada pusat zakat negeri masing-masing untuk tujuan lebih lanjut dan tepat dalam menentukan zakat KWSP. Pihak pegawai yang bertugas akan membantu untuk memberikan penerangan dan mencadangkan pengiraan yang sepatutnya berdasarkan fatwa atau keputusan berkaitan zakat ini di negeri masing-masing.
Nak Buat Pengeluaran Wang Dalam KWSP?
Baca sini: Nak Buat Pengeluaran Wang Dalam KWSP? Boleh Saja Untuk 18 Perkara Ini
Nak keluarkan wang dari akaun 3 / akaun Fleksibel? Tengok video ini
Rujukan: KWSP
Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !
Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.
Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.
Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.
Kenapa Kena Miliki Buku Ini?
Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.
Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.
Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.
Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.


Miliki Buku Ini Sekarang!!
Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!
Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.
Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.
Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.
TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee
