
Sub Topik
Agihan Keuntungan TH 2024 Merupakan Kadar Tertinggi Dalam 7 Tahun
- Agihan Keuntungan TH telah mengambil kira zakat 2.5775% yang dilunaskan bagi pihak pendeposit.
- Zakat yang dilunaskan kepada semua Majlis Agama Islam negeri-negeri berjumlah RM99.35 juta.
- Jumlah agihan keuntungan adalah sebanyak RM2.92 bilion yang akan memberi manfaat kepada lebih 9.54 juta pendeposit
- Prestasi pelaburan yang lebih baik tahun 2024 dipacu pemulihan pasaran modal domestik, kesan dari pertumbuhan ekonomi negara yang baik pada tahun 2024, disamping usaha berterusan mengawal kos operasi.
- TH telah membantu lebih 1.5 juta umat Islam negara mengerjakan haji sejak penubuhan dan turut menanggung Bantuan Kewangan Haji sebanyak RM2.8 bilion sejak diperkenalkan 2001.
KUALA LUMPUR, 21 Mac 2025 – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan 3.25% bagi tahun kewangan 2024, melibatkan jumlah sebanyak RM2.92 bilion kepada 9.54 juta pendeposit. Jumlah ini dicapai selepas pelunasan zakat sebanyak RM99.35 juta (2.5775%).
Jumlah terkumpul agihan keuntungan TH sejak penubuhan selama 61 tahun adalah sebanyak RM45.79 bilion sehingga kini. Kadar 2024 adalah yang tertinggi dalam tujuh tahun sejak tahun 2018. Hal ini didorong oleh prestasi pelaburan yang kukuh serta kawalan kos operasi.
Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain, menegaskan bahawa TH akan terus berusaha meningkatkan prestasi untuk membantu pendeposit mengembangkan tabungan haji secara mampan.
PERANAN TH DALAM PENGURUSAN HAJI & ZAKAT
Sejak ditubuhkan, TH telah membantu lebih 1.5 juta umat Islam menunaikan haji serta menanggung Bantuan Kewangan Haji berjumlah RM2.8 bilion sejak diperkenalkan pada 2001. Pendeposit tidak perlu lagi mengeluarkan zakat ke atas akaun di TH memandangkan TH telah melunaskan zakat bagi pihak pendeposit.
- TH mengumumkan pelunasan zakat sebanyak RM99.35 juta kepada semua Majlis Agama Islam negeri-negeri (MAIN) bagi pihak pendeposit untuk tahun 2024.
- Jumlah terkumpul zakat yang telah dilunaskan adalah sebanyak RM1.47 bilion sehingga kini.
Pada tahun 2024, TH menyantuni lebih 670,000 asnaf melalui Program Zakat Wakalah, menjadikan jumlah penerima manfaat lebih 2.2 juta orang dalam sedekad.
Pengisytiharan agihan keuntungan ini mematuhi Akta Tabung Haji, 1995 dan diumumkan setelah penyata kewangan TH tahun 2024 selesai diaudit oleh Jabatan Audit Negara. Prestasi kewangan kekal kukuh walaupun TH merekodkan rosot nilai ke atas pelaburan legasi pajakan hartanah di Arab Saudi yang dilakukan sebelum tahun 2018.
PRESTASI PELABURAN DAN KESTABILAN KEWANGAN
Walaupun ekonomi global menghadapi cabaran, ekonomi Malaysia berkembang 5.1% pada 2024. TH mengekalkan sekitar 90% aset dalam pasaran domestik, mendapat manfaat daripada inisiatif kerajaan di bawah kerangka Ekonomi Madani.
Pengarah Urusan Kumpulan & CEO TH, Datuk Syed Hamadah Syed Othman, menyatakan bahawa strategi kepelbagaian pelaburan dan kawalan kos operasi berjaya menurunkan kos keseluruhan sebanyak 4.62% berbanding 2023. Keputusan pelaburan berhemat turut menjana pulangan positif bagi pendeposit.
SOROTAN PRESTASI 2024
- TH mencatatkan pulangan pendapatan 5.08% sebelum pelunasan zakat, Bantuan Kewangan Haji dan kos operasi.
- Pendapatan keseluruhan meningkat 6.29% kepada RM4.56 bilion berbanding RM4.29 bilion pada 2023.
- Aset di bawah pengurusan TH mencapai RM95.06 bilion, naik 3.77% daripada RM91.61 bilion pada 2023
- Dana pendeposit meningkat kepada RM91.75 bilion berbanding RM89.01 bilion tahun sebelumnya.
- Pelaburan dalam instrumen pendapatan tetap menjana 50% daripada pendapatan keseluruhan, manakala pelaburan ekuiti menyumbang 35%, dipacu oleh prestasi positif pasaran saham domestik.
- Secara keseluruhan, pelaburan dalam negara menyumbang 91.06% daripada pendapatan TH pada 2024.

Pendeposit boleh menyemak Agihan Keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing bermula Ahad, 23 Mac 2025 menerusi platform THiJARI, kaunter TH, serta bank rakan strategik seperti Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic, CIMB Islamic dan AmBank Islamic.
Pengumuman ini dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im Mokhtar, dalam sidang media di TH. Turut hadir ialah Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Syed Hamadah Syed Othman, serta Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan TH, Mustakim Mohamad.
Sumber: Tabung Haji
Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !
Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.
Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.
Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.
Kenapa Kena Miliki Buku Ini?
Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.
Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.
Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.
Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.


Miliki Buku Ini Sekarang!!
Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!
Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.
Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.
Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.
TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee
