Top 10 Individu Berpotensi Menjadi “Trillionaire” Pertama

Suatu ketika dahulu, mungkin tidak ramai yang menjangkakan akan ada individu yang berjaya mencapai kekayaan sehingga berbilion dollar. Namun, kini ia telah menjadi kenyataan. 

Untuk pengetahuan anda, individu pertama yang menjadi billionaire adalah John Davison Rockefeller.

Sumber: Medium

Siapakah John Davison Rockefeller? John Davison Rockefeller merupakan pengasas Standard Oil Company syarikat yang mendominasi industri petroleum pada ketika itu.

Nilai kekayaan Rockefeller pada 1937 dianggarkan pada AS$1.4 bilion dan bersamaan dengan 1.5% dari KDNK (GDP) Amerika Syarikat.

Berdasarkan Forbes, manusia terkaya sekarang adalah Elon Musk dengan nilai kekayaan sebesar AS$394.2 bilion. Mark Zuckerberg di belakang dengan nilai kekayaan AS$254.1 bilion. 

Sumber: Forbes

Mungkin tidak keterlaluan untuk kita membayangkan akan ada individu yang berstatus ‘trillionaire’ suatu hari kelak. 

Namun siapakah mereka yang berpotensi tersebut?

Sebuah kajian telah dijalankan oleh Informa Connect Academy untuk meramalkan siapakah yang bakal menjadi trillionaire pertama dunia. Berikut merupakan top 10 individu yang berpotensi menjadi trillionaire pertama.

Sumber: CNBC

10 individu tersebut tidak semestinya 10 orang terkaya dunia pada masa ini. Kajian tersebut adalah berdasarkan kadar pertumbuhan tahunan purata dalam kekayaan dan menurut kajian tersebut CEO Tesla iaitu Elon Musk mungkin akan menjadi trillionaire pertama.

  1. Elon Musk
Sumber: Forbes

Elon Musk dijangka menjadi trillionaire pertama dunia menjelang tahun 2027 dengan andaian kekayaan beliau berkembang pada kadar purata 110% setahun.

  1. Gautam Adani
Sumber: Forbes

Di tempat kedua, Adani pengasas konglomerat Kumpulan Adani akan menjadi trillionaire menjelang 2028 sekiranya mengekalkan kadar pertumbuhan tahunan 123%.

  1. Jensen Huang
Sumber: Forbes

Individu yang terkenal sebagai pengasas Nvidia ini dijangka menjadi trillionaire pada 2028. Untuk pengetahuan anda, Jensen telah berjaya meningkatkan kekayaannya dari AS$3 bilion kepada AS$121 bilion dalam tempoh hanya 5 tahun hasil kenaikan harga saham Nvidia. 

Untuk mencapai status trillionaire, kadar pertumbuhan tahunan kekayaan Jensen perlu berkembang pada kadar 112%.

  1. Prajogo Pangestu
Sumber: Forbes

Di tempat keempat, taikun dari Indonesia iaitu Prajogo Pangestu tidak mustahil untuk menjadi trillionaire pada tahun 2028. Prajogo merupakan pengasas Barito Pacific, sebuah konglomerat dalam industri tenaga dan perlombongan. 

Sekarang ini Prajogo di tempat ke-53 orang terkaya dunia (setakat Februari 2025).

  1. Bernard Arnault 
Sumber: Forbes

CEO Louis Vuitton iaitu Bernard Arnault dijangka orang kelima akan mencapai status trillionaire dan diramalkan mencapai status tersebut pada 2030. Sekarang ini, Bernard Arnault merupakan orang kelima terkaya dunia dengan kekayaan sebanyak AS$190.9 bilion.

Kesimpulan

Kesemua individu di atas sememangnya telah berjaya dalam perniagaan masing-masing dan sama-sama kita lihat siapakah individu yang akan mencapat status tersebut kelak.

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous Article

Grab Sumbang RM9.9 Bilion Kepada KDNK Malaysia Pada 2023 — EconWorks


KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) — Perkhidmatan atas permintaan, Grab termasuk perkhidmatan e-panggilan dan penghantarannya menyumbang sebanyak RM9.9 bilion kepada ekonomi Malaysia pada 2023, menurut laporan baharu oleh firma perunding ekonomi tempatan, EconWorks.

Firma perunding itu berkata angka tersebut bersamaan kira-kira 0.5 peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 2023.

Ia berkata, sebanyak 88 peratus daripada sumbangan nilai tambah ini datang daripada pemandu Grab dan rakan niaga yang beroperasi dalam pelbagai perkhidmatan di bawah jenama berkenaan.

Pada 2023, katanya, rakan pemandu menyumbang sebanyak RM4.6 bilion dalam nilai tambah yang mewakili 0.25 peratus daripada KDNK Malaysia.

Syarikat itu berkata, ekosistem Grab menyokong sehingga 277,237 peluang pendapatan, menyediakan aliran pendapatan untuk rakan pemandu, rakan niaga dan pekerja-pekerja dalam rantaian bekalan menyeluruh mereka.

“Ini bermakna satu daripada 64 individu dalam tenaga kerja Malaysia mendapat manfaat secara langsung atau tidak langsung daripada aktiviti berkaitan Grab.

“Peluang pendapatan yang disediakan Grab menyumbang tambahan RM3.7 bilion kepada pendapatan isi rumah. Peningkatan pendapatan oleh rakan pemandu dan rakan niaga ini bermakna lebih banyak wang dalam poket rakyat Malaysia​,” kata firma perunding itu satu dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan EconWorks Dr. Wan Khatina Nawawi berkata sepanjang 12 tahun beroperasi di Malaysia, Grab memberi sumbangan yang ketara serta manfaat ekonomi kepada pelbagai komuniti di seluruh Malaysia.

“Bagi setiap RM1 yang dijana melalui transaksi Grab, sebanyak RM1.50 aktiviti ekonomi tambahan dicipta merentasi ekonomi yang lebih luas.

“Ini menggariskan impak positif ekosistem Grab terhadap jutaan rakyat Malaysia dalam kehidupan seharian mereka,” katanya.

Menurut Wan Khatina, laporan ini menyerlahkan kelebihan persekitaran perniagaan Malaysia yang menyokong dan kini memberi tumpuan kepada ekonomi digital selain membolehkan syarikat platform seperti Grab berkembang maju selain menyumbang secara bermakna kepada ekonomi.

“Dengan mengukur sumbangan ini, kajian berkenaan memberikan pandangan menyeluruh tentang bagaimana Grab dan pihak berkepentingan berinteraksi dengan ekonomi Malaysia yang lebih luas dan mempermudahkan pertumbuhan ekonomi,” katanya.

– BERNAMA