
- Kekalkan pegangan belian.

FCPO kembali menaik daripada paras sokongan RM4,500 dan menutup harga dagangan pada RM4,554 minggu lalu, lantas mengekalkan keadaan pasaran meningkat. Komoditi ini memulakan sesi dagangan hari Jumaat pada harga RM4,523. Selepas berlegar antara RM4,567 dan RM4,487, ia ditutup pada paras RM4,554 dengan corak lilin menaik. Tindakan harga semasa ini sekali lagi mengesahkan bahawa keadaan masih memihak kepada pedagang yang menjangkakan kenaikan pasaran, manakala paras sokongan segera RM4,500 terus bertahan.
Kami juga mendapati bahawa komoditi ini diniagakan di atas kedua-dua garisan SMA 50 hari dan 200 hari. Sekiranya harga susut ke bawah garisan SMA 50 hari, ia akan menarik tekanan jualan baharu. Sementara itu, mereka yang menantikan kenaikan harga mungkin akan cuba membuat pembelian komoditi supaya paras harga kembali melantun untuk menutup Jurang Susut yang terbentuk pada 24 Feb. Buat masa ini, kami tetap berpegang dengan bias dagangan positif.
Pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan belian yang dimulakan pada RM4,621 atau semasa penutupan dagangan 12 Feb. Untuk mengurangkan risiko-risiko dagangan yang ada:
- Paras henti rugi (stop loss) ditetapkan pada RM4,500.
- Paras sokongan pertama ditetapkan pada RM4,500, diikuti oleh paras RM4,400.
- Paras rintangan terdekat sebaliknya ditambatkan pada RM4,700 dan diikuti oleh paras RM4,800.
Penganalisis:
Joseph Chai
TEL : +(603) 2302 8113
E-MEL : [email protected]

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.
Nak Mula Trade FCPO?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Nak tahu strategi terbaik untuk trade FCPO? Nak dapatkan pulangan yang baik, tak kira pasaran menaik atau menurun?
Belajar dulu.
Kemudian mula dengan modal yang paling minimum. Bukan trade dulu kemudian baru belajar.
Ini bukan kelas PREVIEW. Terus belajar teknik penting untuk berdagang FCPO.
Yang penting, akan dapat ilmu dengan yuran yang berbaloi-baloi!
Dapatkan diskaun early bird untuk yang 20 orang terawal.
Klik link di bawah untuk daftar sebelum sold out👇