5 Fakta Penyenaraian IPO Di Bursa Malaysia 2024

Bursa Malaysia Berhad mencatatkan pencapaian luar biasa pada tahun 2024 dengan penyenaraian sebanyak 55 Tawaran Awam Permulaan (IPO) tahun ini. Prestasi ini merupakan peningkatan besar sebanyak 72% berbanding hanya 32 IPO pada tahun 2023. Dengan jumlah ini, Bursa Malaysia mencatatkan bilangan penyenaraian tertinggi dalam tempoh 19 tahun, mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pilihan syarikat untuk meningkatkan profil dan mendapatkan modal bagi pertumbuhan dan pengembangan.

Berikut merupakan 5 fakta dan sorotan menarik mengenai 55 IPO di Bursa Malaysia yang perlu anda tahu:

1. Prestasi Luar Biasa IPO

  • Daripada 51 IPO di Pasaran Utama dan ACE, 25 daripadanya (hampir separuh) mencatatkan kadar lebihan langganan (oversubscribed) 51 kali dan ke atas.
  • Supreme Consolidated Resources Berhad mendahului dengan kadar lebihan langganan tertinggi iaitu 349 kali.

2. Senarai 5 IPO terbesar di Bursa Malaysia pada 2024:

  • Lima IPO terbesar pada tahun 2024 menyumbang hampir 65% daripada jumlah modal pasaran IPO, berdasarkan harga IPO.

Baca juga: Johor Plantation Group dibuka pada harga 0.84 sen hari ini, sama dengan harga tawaran IPO

3. Bulan Dengan Bilangan IPO Tertinggi

  • Disember 2024 mencatatkan 8 IPO (1 di Pasaran Utama, 3 di Pasaran ACE, 2 pemindahan dari LEAP ke ACE, 2 di Pasaran LEAP).
  • November 2024: 3 IPO di Pasaran Utama (Azam Jaya & Mega Fortis disenaraikan pada hari yang sama, 11 November).
  • Julai, Oktober, Disember: 5 IPO Pasaran ACE setiap bulan.

4. Pemindahan Pasaran (Transfer Listings)

Apabila sesebuah syarikat berpindah dari pasaran yang lebih kecil seperti Pasaran LEAP atau Pasaran ACE ke Pasaran Utama, ia menunjukkan pertumbuhan syarikat tersebut. Proses pemindahan mencerminkan peningkatan daya saing, kestabilan kewangan, dan keyakinan syarikat dalam memenuhi keperluan ketat yang ditetapkan oleh pasaran yang lebih tinggi. Ini juga membuka peluang untuk menarik lebih ramai pelabur institusi dan meningkatkan akses kepada modal yang lebih besar untuk pengembangan perniagaan.

  • Untuk 2024, 5 syarikat berpindah dari Pasaran LEAP ke Pasaran ACE.
  • Manakala 12 syarikat berpindah dari Pasaran ACE ke Pasaran Utama.

5. Sektor Paling Aktif

Dua sektor berikut mempunyai bilangan IPO tertinggi pada 2024, jumlah ini mewakili 64% daripada jumlah keseluruhan IPO:

  1. Sektor Produk & Perkhidmatan Industri: 23 IPO
    Sektor ini mendominasi dengan bilangan penyenaraian tertinggi, mencerminkan permintaan yang kukuh untuk syarikat dalam industri pembuatan, logistik, dan perkhidmatan sokongan.
  2. Sektor Produk & Perkhidmatan Pengguna: 12 IPO
    Sektor ini menunjukkan daya tahan dan potensi pertumbuhan yang stabil, didorong oleh permintaan pengguna yang berterusan. Penyenaraian syarikat dalam sektor ini sering berkait dengan produk harian, peruncitan, dan gaya hidup yang terus relevan kepada pasaran.

6. Prestasi Harga Saham IPO

Sebanyak 75% IPO (41 daripada 55 IPO) mencatatkan kenaikan harga saham berbanding harga IPO masing-masing! (setakat penutupan dagangan pada 19 Disember 2024)

Kesimpulan

Pencapaian 55 IPO pada tahun 2024 membuktikan komitmen Bursa Malaysia dalam menyediakan ekosistem pasaran modal yang kondusif dan kompetitif. Dengan kadar lebihan langganan yang tinggi dan prestasi harga saham yang memberangsangkan, ia mencerminkan keyakinan pelabur terhadap potensi pertumbuhan syarikat-syarikat ini. Bursa Malaysia juga berjaya mendahului bursa ASEAN dari segi jumlah IPO dan dana yang dikumpulkan tahun ini, mengukuhkan lagi peranannya sebagai rakan strategik bagi pembangunan pasaran modal serantau.

Sumber: Bursa Malaysia

Nak mula melabur saham? Buka akaun perdagangan dengan Webull dan dapatkan 0% yuran komisen untuk 180 hari pertama. Klik sini.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu kini DIBUKA!!


Previous Article

5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Singapore Stock Exchange

Selain daripada melabur dalam pasaran Bursa Malaysia, anda juga boleh melihat kepada peluang pelaburan di negara lain terutamanya negara jiran seperti Singapura.

Sudah tentu terdapatnya potensi juga di pasaran saham Singapura.

Selain daripada pendedahan kepada syarikat luar negara yang terkemuka, kadar pertukaran mata wang di antara mata wang Malaysia dan Singapura juga memberi potensi kepada pelabur untuk membuat keuntungan berganda daripada kadar pertukaran mata wang sekiranya saham yang dibeli membuat kenaikan.

Nak melabur di Singapura tidak memerlukan anda untuk pergi ke Singapura dan buka akaun CDS di situ. Broker tempatan contohnya seperti CGS International juga menyediakan platform untuk anda melabur di Singapura menggunakan akaun trading yang dibuka di Malaysia.

Sebelum anda memulakan pelaburan anda di sana, apa kata anda baca dahulu 5 perkara anda perlu tahu tentang Singapore Stock Exchange.

1. Trading Hour / Waktu Dagangan

SGX dibuka pada waktu yang sama dengan Bursa Malaysia iaitu pada 9 pagi. Ia dibuka sehingga jam 12 tengah hari dan hanya mempunyai waktu rehat selama sejam. SGX sambung dibuka kepada pelabur dan pedagang dari jam 1 tengah hari sehingga 5 petang.

SGX juga memberi peluang kepada pelabur untuk berdagang pada “Trading at Close” (TAC).

Apa itu Trading at Close?

Trade at Close memberi pelabur masa 10 minit untuk berdagang pada harga lelongan penutupan. Ini bermaksud bagi saham dengan harga penutupan yang ditetapkan pada jam 5:06 petang, pelabur mempunyai peluang untuk membeli atau menjual saham pada harga penutupan tersebut dari jam 5:06 petang sehingga 5:16 petang.

Untuk cuti umum pula, Singapura tidak memiliki cuti umum sebanyak Malaysia. SGX akan mengikut kalendar cuti yang boleh didapati di laman sesawang Kementerian Tenaga Kerja Singapura.

2. Saiz Board Lot & Tick Size/ Bid

Board Lot

Sumber: SGX

Saiz standard untuk board lot adalah 100 unit. Walaubagaimanapun, sesetengah produk seperti SPAC Warrants, beberapa ETFs, ADRs, dan instrumen Fixed Income boleh didagangkan dalam saiz board lot yang berlainan.

Tick Size / Bid

Minimum bid bagi setiap instrumen yang didagangkan di SGX adalah berbeza-beza. Mari kita lihat untuk saham biasa, ETFs, business trusts dan waran syarikat terlebih dahulu.

Sumber: SGX

  • Minimum saiz bid bagi sekuriti di bawah SGD0.20 adalah setiap SGD0.001.
  • Bagi sekuriti berharga SGD0.20 sehingga SGD0.995 pula minimum saiz bid adalah SGD0.005.
  • Minimum saiz bid bagi sekuriti di atas SGD1.00 adalah setiap SGD0.01.

Untuk produk / instrumen lain seperti di bawah anda boleh rujuk di SGX.

Indeks

Straits Times Index (STI)

The Straits Times Index (STI) ialah indeks modal pasaran yang menjejaki prestasi 30 syarikat terbesar yang disenaraikan di SGX. Top 3 saham terbesar di Singapura adalah syarikat dari sektor perbankan. 

Indeks STI setakat 30 Oktober 2024 adalah 3,558.89 mata. Sepanjang 2024 sehingga Oktober, indeks bursa saham Singapura membuat kenaikan uptrend.

Sumber: TradingView

4. Jumlah Saham Tersenarai

Sumber: Sustainable Stock Exchange Initiatives

Terdapat 643 saham yang disenaraikan di Bursa Saham Singapura.

5. Ada Ke Saham Patuh Syariah?

Sama seperti di Bursa Malaysia, terdapat juga saham-saham syarikat di Bursa Saham Singapura yang disenaraikan sebagai patuh syariah. Anda boleh menggunakan pelbagai screener untuk menyemak status syariah saham di Bursa Saham Indonesia, seperti aplikasi Islamicly, Ideal Rating, dan lain-lain.

Selain itu, platform trading broker yang anda gunakan untuk jual beli saham biasanya juga menyediakan status syariah bagi setiap kaunter yang disenaraikan. Contohnya adalah CGS International Securities Sdn Bhd.

Mari kita lihat beberapa contoh saham patuh syariah yang didagangkan di Bursa Saham Singapura berdasarkan saringan dari platform CGS International Securities Sdn Bhd.

Sumber: CGS International

Kategori yang memaparkan symbol “SYR” menunjukkan status saham tersebut adalah patuh syariah.

Untuk pengetahuan anda, panel syariah bagi CGS International adalah Refinitiv. Harus diingatkan bahawa saham-saham yang tertera di atas adalah hanya sebagai satu bentuk perkongsian dan bukannya saranan belian ataupun jualan. Urusan pembelian dan penjualan saham adalah menjadi tanggungjawab masing-masing.

Jika anda hendak mula melabur di pasaran saham Singapura, tunggu apa lagi. Buka akaun CDS global anda sekarang juga. Nak langkah mudah, ikut tutorial di bawah.

Baca: Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Selain itu, jika anda juga boleh melawat laman sesawang SGX Academy (E-Learning) untuk belajar lebih mendalam mengenai pasaran di Singapura. Di dalam SGX Academy anda berpeluang untuk menonton video dan rakaman webinar untuk menambahkan ilmu pengetahuan anda.